Baru-baru ini tular kontroversi yang melibatkan pelakon Hun Haqeem yang didakwa tampil dalam sebuah rakaman sebuah video lucah. Berikutan itu, pihak pengurusan pelakon lelaki tersebut iaitu Metrowealth International Group (MIG) yang diwakili pengarahnya sendiri, Datuk David Teo akan mengambil tindakan terhadap penyebar.
Menurut David Teo, penyebar video tidak senonoh tersebut telah pun dikenal pasti dan sebagai pihak pengurusan Hun Haqeem mereka memandang serius mengenai isu ini kerana ianya dapat menjejaskan kerjaya artis di bawah naungannya yang baru sahaja meningkat naik itu.
Menurut David, sudah terlalu banyak artikel, video dan foto telah tersebar di media sosial seperti Twitter, Youtube dan sebagainya. Sebagai wakil pengurusan artis di bawah syarikatnya, David dilaporkan telah berunding dengan pihak peguam dan semua bukti telah dikenalpasti dan direkodkan.
“Saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada semua yang terlibat, semua bukti juga sudah direcord. Saya harap sesiapa yang telah menyebar video, foto dan artikel, sila turunkan atau padam sebelum tindakan undang-undang diambil.”
David dilihat telah mengumumkan mengenai perkara terbabit menerusi saluran Youtube rasmi MIG. Dia dalam pada itu sempat berpantun nasihat kepada masyarakat di luar sana supaya menggunakan kebijaksanaan yang diberikan dengan sebaiknya dan tidak menyebarkan fitnah.
“Hari ini sangat cerah,
Duduk di rumah tiada arah,
Kebijaksanaan adalah anugerah,
Jangan sekali-kali mneyebar fitnah!”
Terdahulu, telah tersebar di media sosial sebuah video 42 saat yang didakwa milik Hun Haqeem dalam keadaan tidak senonoh serta beberapa keping gambar yang menyerupai pelakon tersebut.