Malaysia hari ini digemparkan dengan tragedi deorang pelajar perempuan Tingkatan 4 maut selepas ditikam oleh rakan sekolahnya dalam kejadian tragik di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi tadi.
Kejadian berlaku sekitar 9.30 pagi apabila mangsa dipercayai diserang oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 menggunakan senjata tajam di dalam kawasan sekolah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Suspek berusia 14 tahun telah ditahan, dan dua senjata tajam dipercayai digunakan dalam serangan turut dirampas,” katanya.
Siasatan awal mendapati tiada unsur buli dikenal pasti setakat ini, namun polis masih menyiasat motif sebenar kejadian.
Tular juga di media sosial Threads di mana seorang individu dipercayai pelajar telah merakam video suspek tersebut yang berlegar-legar setelah melakukan jenayah itu.
Kejadian mengejutkan itu turut mencetuskan suasana pilu dalam kalangan pelajar dan guru, manakala pihak polis telah menutup kawasan kejadian bagi tujuan siasatan lanjut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawa.