Semalam tular di media sosial Twitter apabila sebuah video memaparkan seorang wanita memeluk erat suami kepada pelakon popular Fazura, Fattah Amin.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah riak wajah serta reaksi pelakon Gol & Gincu itu yang didakwa peminat seolah tidak senang dengan kelakuan wanita tersebut.
Enggan mengeruhkan keadaan, Fazura akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara sebenarnya yang telah terjadi pada ketika itu.
Kata Fazura, wanita tersebut adalah rakan baik dia dan Fattah dan sering bergurau sedemikian rupa.
Tengok fazura punya reaction last2 tu? pic.twitter.com/L4M5R2i3by
— caden harriss (@caden_harriss) April 18, 2021
Tambahnya lagi, video itu sebenarnya sudah lama dan tidak menyangka akan menjadi tular seperti itu.
“Sebenarnya itu gurauan ja, diorang memang suka bergurau macam tu. Vee (rakan baik) tu memang suka kacau Faz dan Fattah. Harap tak ada salah faham lagi.”
Ibu kepada Nur Fatima Aisya itu juga menjelaskan bahawa video itu memang sengaja dimuat naik kerana merasakan momen tersebut agak kelakar.
Fazura tampil membuat penjelasan tersebut menerusi satu hantara di akaun TikTok miliknya untuk tatapan peminat.