Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang mencuri perhatian ramai yang menunjukkan insiden tegang antara sekumpulan penunggang basikal dan seorang pemandu bas di Jalan Bestari, Kuala Selangor.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan kedua-dua pihak bergaduh mulut di bahu jalan dengan dakwaan bahawa pemandu bas bertindak agresif terhadap kumpulan penunggang tersebut.
Katanya, semuanya bermula apabila mereka sedang berbasikal di lorong kiri, sebelum sebuah bas datang terlalu rapat secara mengejut dan mencetuskan kekecohan.
Kami menunggang basikal di laluan sebelah kiri sebelum datang seorang pemandu bas yang memandu secara berbahaya menghampiri kami.
Selepas itu, bas tersebut tiba dan menghimpit kami yang berada di sebelah kiri walaupun laluan di sebelah kanan secara jelas terlihat kosong menyebabkan ia hampir sahaja mencederakan salah seorang penunggang.
Dia turut mendakwa pemandu bas tersebut bukan saja menghimpit kumpulan berbasikal itu, malah bertindak lebih agresif apabila memberhentikan kenderaannya di tepi jalan, keluar, dan cuba menendang salah seorang daripada mereka.
Situasi semakin tegang apabila berlaku pertengkaran mulut, namun keadaan berjaya dikawal selepas pihak berkuasa yang kebetulan berada berhampiran tiba dan meleraikan kejadian.
Selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, barulah dia berhenti mengamuk dan cuba menenangkan keadaan.
Dalam video yang sama, dapat dilihat penunggang basikal itu memprovokasi dan menyerang pemandu bas secara beramai-ramai.
@spaceramenn Replying to @a:xxa ♬ original sound – slmanfrish
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berpihak kepada pemandu bas dan menyalahkan kumpulan penunggang basikal itu kerana didakwa menggunakan laluan yang tidak sesuai untuk aktiviti berbasikal.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.