Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila sebuah majlis persandingan satu pasangan ini dikecam warga maya berikutan aksi mereka menari seperti berada dalam disko dalam majlis itu.
Tak ubah seperti kelab malam bak kata netizen, pengantin bersama tetamu di majlis perkahwinan itu dilihat berdansa dalam irama lagu rancak berentak disko.
Malah, terdapat individu berperanan seperti DJ di kelab malam yang memainkan lagu rancak tanpa henti.
View this post on Instagram
Pasangan pengantin itu kelihatan seronok dan asyik menari bersama pengapit dan juga tetamu yang hadir seperti sedang berpesta.
Mereka dilihat menghentak-hentak kaki dan ‘mencucuk langit’ dalam keasyikan menari.
Difahamkan, majlis perkahwinan itu berlangsung di Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan komen berbaur kecaman dan pertanyaan.
Allah, kahwin tu kan kita bina masjid. Kenapa perlu ada macam ni?
Kata netizen, mungkin pasangan mempelai berkenalan di kelab malam sehingga tergamak membuat majlis ala-ala seperti di dalam disko.
Namun begitu, ada yang menganggap ia sebagai situasi yang biasa dan tidak perlu dikecam kerana majlis perkahwinan adalah waktu untuk pasangan pengantin baru bergembira bagi meraikan hari bahagia mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.