Tular Video Mona Allen Sambut Krismas & Bertukar Hadiah, Netizen Kecam – “Terus Tak Minat, Hipokrit”

Hiburan

Tular Video Mona Allen Sambut Krismas & Bertukar Hadiah, Netizen Kecam – “Terus Tak Minat, Hipokrit”

Nama pasangan selebriti Mona Allen dan Pekin Ibrahim menjadi bualan hangat dalam kalangan wargamaya selepas mereka didakwa menyambut perayaan Hari Natal, baru-baru ini.

Isu tersebut tercetus apabila seorang pengguna media sosial memuat naik semula potongan video di TikTok yang memaparkan Mona dan Pekin menghadiri sebuah majlis bersama beberapa kenalan rapat. Dalam rakaman berkenaan, pasangan itu dilihat mengenakan topi berwarna merah dan putih yang sinonim dengan karakter Santa Claus, sekali gus mengundang pelbagai reaksi serta spekulasi netizen.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Mona, Pekin serta rakan-rakan mereka turut didakwa melakukan aktiviti bertukar hadiah, yang sering dikaitkan dengan sambutan Krismas. Perkara itu membuatkan segelintir pihak beranggapan majlis berkenaan merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Natal.

Situasi tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sebahagian wargamaya, khususnya umat Islam, yang mempersoalkan kewajaran tindakan pasangan selebriti berkenaan sekiranya benar ia melibatkan perayaan keagamaan lain.

Bagaimanapun, tidak kurang juga netizen yang tampil mempertahankan Mona dan Pekin. Menurut mereka, majlis berkenaan tidak semestinya berkait dengan sambutan Hari Natal, sebaliknya berkemungkinan sekadar perjumpaan santai bersama rakan-rakan terdekat.

Ada juga yang berpendapat aktiviti bertukar hadiah bukanlah eksklusif kepada perayaan Krismas semata-mata, sebaliknya merupakan satu bentuk permainan sosial yang sering dilakukan untuk memupuk semangat kebersamaan dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tular, viral, instagram, tiktok, sweet qismina,
2025-12-25 12:59:47

"Saya Bukan Nak Sindir Sesiapa, Tapi Puas Hati Ke?" - Sweet Qismina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...