September 11th, 2020

Datuk Seri Vida yang merupakan usahawan kosmetik terkenal di Malaysia tampil memberi penjelasan mengenai sebuah video yang sedang tular di media sosial ketika ini.

Video yang memaparkan seorang kanak-kanak mirip anak perempuannya yang dikenali sebagai Cik B itu sedang memandu kereta yang dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh, Perak.

Menurut Datuk Seri Vida atau lebih mesra disapa sebaga DSV di kalangan peminat, video berkenaan adalah sebuah video lama yang berlaku pada tahun 2017 atau 2018. Tambahnya lagi, pada ketika itu dia telah menghadiahkan anak perempuannya itu sebuah kereta baru berjenama mewah.

“Itu video lama sekitar tahun 2017 atau 2018. Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia. Dah jadi kes polis saya tak tahu. Itu video lama saya harap orang tak sebarkan infromasi yang tak betul,”

Dalam pada itu, DSV mengakui dia tidak mengetahui bahawa ada satu laporan polis telah dibuat susulan tindakan remaja terbabit memandu tanpa lesen.

View this post on Instagram

DULU LAIN.. SEKARANG LAIN.. . .

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

View this post on Instagram

Nak senyum ke taknak? . . .

A post shared by ???? ?????® ?????? (@cikb_havoc66) on

Video berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan segelintir netizen mendakwa individu berkenaan berwajah serupa dengan Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz memberitahu bahawa polis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan dalam video berkenaan namun model dan nombor pendaftaran kenderaan berikut masih tidak dapat dikenal pasti.

Sumber : Astro Gempak


One response to “Tular Video Mirip Cik B Pandu Kereta Tanpa Lesen, Datuk Seri Vida Tampil Beri Penjelasan Sebenar”

  1. someone somewhere says:

    Jap. Kalau video lama pun, berapa lama? Lagi lama video tu lagi underage lah kan ._.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...