Tular Video Mesra Meerqeen Dan Qasrina? Tuan Badan Tampil Beri Respon

Hiburan

Tular Video Mesra Meerqeen Dan Qasrina? Tuan Badan Tampil Beri Respon

Pelakon popular, Meerqeen menegaskan tiada hubungan cinta wujud antara dirinya dan pelakon Qasrina Karim sewaktu sama-sama menjayakan drama Thariq Ridzuwan: His Treasure.

Walaupun khabar angin tersebar mengenai kemesraan mereka ketika di lokasi penggambaran, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, menjelaskan bahawa hubungan mereka hanya terbatas sebagai rakan pelakon yang bekerjasama secara profesional.

Advertisement

Menurut Meerqeen, Qasrina seorang pelakon yang mudah dibawa berbincang, dan keserasian antara mereka dalam drama tersebut terjadi secara semula jadi atas dasar kerja.

Seronok berkerjasama dengan dia (Qasrina), malah ada yang kata kami kerap bersama dan banyak buat video bersama. Saya tak tahu pun kami selalu buat video bersama? Setakat ini kami hanya ada satu video saja.

Saya tak nampak (video) dan benda itu tak viral pun. Mungkin yang tular adalah sebahagian daripada babak dalam drama yang kami lakonkan.

Meerqeen memberi penjelasan itu ketika ditemui pada sidang media khas memperkenalkan drama Thariq Ridzuwan: His Treasure dan Mandul Bukan Pilihan yang berlangsung baru-baru ini di ibu negara.

@pacak_pacak.aku

@Netflix Malaysia @Netflix Indonesia gak mau tau aku pengen nonton #thariqridzuwancommandohistreasure nanti pas udah tayang aku pengennya nonton nya ongoing ya. Aku Gak mau nonton bajak pokoknya. Ayo lah kalo nggak @Viu Malaysia @Viu Indonesia kalian aja deh #meerqeen #qasrinakarim #thariqridzuwan #husniyaradwa

? ???? ??? – ?hero??????????????????? – ?hero??????????????????????

Terdahulu, tular satu video pendek yang menunjukkan kemesraan antara Meerqeen dan Qasrina, sekali gus menimbulkan spekulasi di kalangan peminat bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa. Namun, Meerqeen menepis dakwaan tersebut dan menyifatkannya hanya salah faham berdasarkan babak drama semata-mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelakon unfollow
2025-07-14 16:57:36

Qasrina Karim & Erysha Emyra Saling 'Unfollow' IG? Peminat Rindu Keakraban Duo Popular Itu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...