Tular Video Lama Yasmin Ahmad Di TikTok, Netizen Tak Puas Hati,- “Sanggup Korek Kisah Lama, Buka Aib Arwah”

Hiburan

Tular Video Lama Yasmin Ahmad Di TikTok, Netizen Tak Puas Hati,- “Sanggup Korek Kisah Lama, Buka Aib Arwah”

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah video memaparkan seorang lelaki yang wajahnya mirip Allahyarham Yasmin Ahmad sedang mengalunkan sebuah lagu bertajuk  God Didn’t Make Little Green Apples in Summer Times.

Menerusi kapsyen video tersebut, lelaki berkenaan adalah sosok tubuh Allahyarham Yasmin Ahmad ataupun juga dikenali sebagai Zulkifli Ahmad yang menyertai pertandingan nyanyian Bakat TV suatu ketika dahulu.

Advertisement

Mempunyai suara yang merdu, netizen meluahkan rasa teruja melihat lelaki itu dan masih ramai yang tidak mengetahui kisah lama Allahyarham sebelum namanya dikenali sebagai pelakon dan juga pengarah filem versatil.

Dia bertuah. Allah bagi izin hidup dua cara. Dia pun tahu mana kedudukan dia. Pengarah terbaik. Semua cerita dia saya minat.

Namun begitu, ramai juga yang menganggap tidak perlu untuk menghebahkan video-video lama Allahyarham kerana Yasmin Ahmad sudah tiada di dunia ini dan tidak sepatutnya kita membuka aib mereka yang meninggal dunia.

TIkTokSumber : TikTok  

Yasmin Ahmad

Yang baik dijadikan tauladan. Simpan aib sesama kita sebab banyak aib kita Allah tak tunjuk. Al-fatihah untuk yang mendahului kita.

Sekadar info, Yasmin Ahmad merupakan seorang pengarah filem dan penulis skrip. Dilahirkan di Muar, Johor, Allahyarham terkenal dengan filem-filem arahan seperti Mukhsin, Talentime, Sepet, Gubra dan banyak lagi.

Allahyarham Yasmin Ahmad meninggal dunia pada 25 Julai 2009 setelah tiba-tiba jatuh pengsan akibat darah beku di otak yang menyebabkan saluran darah pecah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mas Idayu
2 years ago

(VIDEO) "Cakap La Elok-Elok..." - Mas Idayu 'Siku' Pembantu Betulkan Tudung, Netizen Komen Tak Ada Adab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...