Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan beberapa peserta program RXZ Members 7.0 yang dalam perjalanan ke Terengganu.
Mereka dilihat menunggang motosikal dengan aksi ‘superman’ sebelum sebuah motosikal di hadapan tiba-tiba masuk ke lane kanan tanpa menoleh ke belakang.
Tindakan tersebut telah menyebabkan perlanggaran di antara peserta yang sedang menunggang laju di lorong paling kanan di lebuh raya berkenaan.
Nak kata apa … penyakit sendiri cari pic.twitter.com/RHTtPitsUs
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 22, 2025
Menerusi ruangan komen, orang ramai menasihatkan penunggang motosikal supaya berhati-hati di jalan raya. Pastikan kenderaan ditunggang secara berhemah untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, penganjuran program RXZ Members 7.0 dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 penunggang motosikal RXZ dari seluruh negara.
Ketua Polis Terengganu, YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin mengingatkan penunggang supaya memastikan motosikal diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan.