Tular Video Keith Foo & Tiz Zaqyah Mesra Bersama, Peminat Teruja – “Dorang Couple Eh?”

Hiburan

Tular Video Keith Foo & Tiz Zaqyah Mesra Bersama, Peminat Teruja – “Dorang Couple Eh?”

Suatu ketika dahulu, nama mereka berdua pernah menjadi sebutan sewaktu era masing-masing dan saat karier sedang memuncak.

Tiz Zaqyah popular selepas membintangi drama popular 2009, Nur Kasih dan Keith Foo pula mula meraih perhatian selepas drama lakonannya, Ariana Rose melonjakkan nama serta kariernya.

Advertisement

Video yang kini tular di Instagram membuatkan ramai peminat teruja dan tertanya-tanya jika Tiz Zaqyah dan Keith Foo sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Menerusi hantaran dimuat naik seorang individu dipercayai kenalan mereka, Tiz dan Keith dilihat mesra berpengangan tangan dan gembira bersama.

Lebih menguatkan lagi tanda tanya itu adalah kerana video berkenaan disunting mengikut trend terkini yang membabitkan hubungan cinta.

Tidak pasti jika ia adalah untuk marketing atau dirakam ketika penggambaran namun ramai peminat rasa teruja dan memberikan komen mereka di Instagram.

Rata-ratanya berkata mereka ‘approve‘ jika Tiz dan Keith benar-benar menjalinkan hubungan serta memuji kedua-duanya nampak sungguh sepadan.

12 months ago

Baru Bercinta, Sharnaaz Ahmad Dah Kongkong Kekasih? - "Apa Salahnya, Daripada Jadi Mat Rempit Atau B*hsia.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...