Tular Video Isteri Siapkan Suami Untuk Kahwin Kali Kedua – “Saya Masih Terasa Sakit, Tetapi…”

Kehidupan

Tular Video Isteri Siapkan Suami Untuk Kahwin Kali Kedua – “Saya Masih Terasa Sakit, Tetapi…”

Sebuah hantaran video dan luahan panjang oleh Ummu Syarha di Instagram meraih perhatian ramai apabila beliau akhirnya berkongsi pengalaman pahit yang disimpannya hampir dua tahun  pengalaman melalui poligami, ujian rumah tangga yang mengubah seluruh hidupnya.

Dalam perkongsiannya, Ummu Syarha mengakui bahawa menerima takdir tersebut merupakan antara perkara paling menyakitkan yang pernah dilaluinya.

Advertisement

POLIGAMI. Ya, poligami. Begitulah takdir yg Allah ‘hadiah’kan buat diriku yg terlalu mencintai dan meletak suami sebagai sandaran.

Menurutnya, saat mengetahui perkara itu, jiwanya runtuh serta-merta.

Namun, di sebalik kesakitan itu, dia sedar dia tetap perlu meneruskan hidup dan tidak boleh terus tenggelam dalam kedukaan.

“Aku Belajar Menyayangi Diri & Menjadi Ibu Yang Tenang”

Wanita itu turut menjelaskan proses bangkit semula itu bukan sesuatu yang mudah. Ia berlaku perlahan-lahan, hari demi hari, sambil dia mencari hikmah di sebalik takdir yang melukakan.

Kini, beliau bangga dengan kekuatan diri yang dibina dalam diam kekuatan yang membuatkannya mampu kembali tersenyum walaupun luka masih ada.

Masih rasa sakitkah? Ya, masih. Dan aku sudah pun ‘bersahabat’ dengannya.

Dalam luahan penuh ketuhanan itu, Ummu Syarha turut menyatakan bahawa ujian poligami membuatnya lebih dekat dengan Allah, sekaligus mengajar erti cinta sebenar.

Dia turut menutup perkongsiannya dengan doa agar hatinya terus redha dan rumah tangganya diberkati.

Di akhir hantaran, Ummu Syarha menyatakan bahawa perjalanan berdamai dengan takdir bukan sesuatu yang mudah. Meskipun dari luar kelihatan kuat, luka di hati tetap meninggalkan parut yang tidak akan hilang sepenuhnya.

Perkongsian jujur dan penuh hikmah ini mengundang sokongan ramai, yang memuji kekuatan dan ketabahan Ummu Syarha dalam  menghadapi salah satu ujian terbesar dalam kehidupan rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mandikan jenazah HIV
2025-12-06 12:49:52

"Mandikan Pakai Clorox, Busuknya Ya Allah.." – Sukarelawan Kongsi Realiti Pilu Uruskan Jenazah Penghidap HIV & AIDS Tanpa Kehadiran Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...