Tular Video Fazura Tonton Konsert Adele Di Jerman, Netizen Tanya Kelibat Suami – “Tapi.. Mana Fattah Ya?”

Hiburan

Tular Video Fazura Tonton Konsert Adele Di Jerman, Netizen Tanya Kelibat Suami – “Tapi.. Mana Fattah Ya?”

Baru-baru ini, netizen membuat dakwaan bahawa rumah tangga pelakon Fazura dan Fattah Amin bergolak selepas gambar mereka bersama sudah lama tidak dimuat naik di media sosial.

Terbaru, timbul pula persoalan tentang keberadaan Fattah selepas Fazura dilihat menghadiri konsert penyanyi antarabangsa Adele di Munich, Jerman tanpa aktor itu.

Advertisement

Menerusi video yang tular, Fazura dilihat hadir ke konsert tersebut bersama pengurus, Iman Tang dan isterinya namun kelibat Fattah tidak kelihatan sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat mereka.

fazura di jerman

Video terbabit meraih perhatian warganet di TikTok dan ramai meninggalkan komen mempersoalkan keberadaan pelakon filem Pendekar Awang itu,

Ada yang membuat andaian Fazura ke sana sendirian malah seorang individu turut berkata aktres itu sudah unfollow penata gayanya.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat sekiranya Fazura ke konsert tanpa Fattah sekali pun tidak menjadi isu.

Sebelum ini, tular berita mengenai seorang aktor berlaku curang dengan ‘hijab stylist’ isterinya dan entah bagaimana nama pasangan selebriti itu timbul dan ada yang mendakwa pelakon lelaki dimaksudkan adalah Fattah Amin.

Lebih menguatkan dakwaan mereka apabila Fazura dikatakan sudah ‘unfollow’ penata gaya peribadinya itu yang sebelum ini sering dilihat ‘melekat’ bersamanya tak kira ke mana-mana.

Fazura lancar koleksi tudung baru
4 months ago

"Tiada Yang Lebih 'Enjoy' Daripada Memikirkan Hal Saya Sendiri" - Tak Hirau Gosip, Nur Fazura Tampil Peraga Koleksi Hijab Terbaru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...