Tular Video Di Kubur Sarah, Sharnaaz ‘Sekolahkan’ Aisar Khaled Di Instagram

Hiburan

Tular Video Di Kubur Sarah, Sharnaaz ‘Sekolahkan’ Aisar Khaled Di Instagram

Pelakon Sharnaaz Ahmad dalam sebuah hantaran Instagram Story miliknya ada meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan seorang selebriti media sosial Aisar Khaled yang memuat naik video melawat kubur penyanyi Siti Sarah demi meraih penonton dan ‘views’.

Sharnaaz Ahmad
3 years ago

"Belum Tentu Dapat Hadapi.." Sharnaaz Ahmad Akui Tak Sekuat Shuib Kehilangan Orang Tersayang

Advertisement

Kata Sharnaaz, dia sudah memberi pesanan kepada individu tersebut di laman sosial namun merasakan perbuatan itu sebagai sia-sia.

Ujar pelakon filem Jebat ini lagi, Aisar masih muda dan dia pernah melalui zaman itu pada suatu ketika dahulu.

Saya ada memberi teguran kepada orang itu di IG. Tiada nasihat yang boleh diberikan. Bagi saya, nasihat yang sia-sia. Sebab esok lusa nanti buat lagi lepas itu minta maaf. Ramai saja orang hentam saya di media sosial terutama orang muda, Jadi biarkan..mereka pun masih muda. Enjoy la nak buat apa pun, buat la janji gembira.

Sebelum ini, duda anak seorang ini ada menegur Aisar dan memesan agar menjadikan apa yang telah berlaku sebagai pengajaran.

“Sampai masa, mereka pun akan ada otak juga. Mungskin sekarang apabila muda, sel otak banyak bersambung ke lutut..sama juga la ketika saya masih muda.” tambah Sharnaaz lagi.

Sharnaaz AhmadSumber : Instagram Sharnaaz Ahmad  

Terdahulu, Aisar yang juga merupakan seorang pelakon ada berkongsi video melawat pusara Siti Sarah untuk tujuan ‘content’ dan mengaut keuntungan menerusi saluran Youtube miliknya.

Namun, setelah dikecam hebat oleh netizen, influencer itu tampil memohon maaf di atas keterlanjuran perbuatannya itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...