Semalam, tular di media sosial mengenai video yang memaparkan dua orang lelaki berlakon menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) semata-mata mahu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta khas untuk warga OKU di sebuah pusat membeli-belah.
Tampil membuat penjelasan ketika dihubungi mStar, pemuda yang dikenali sebagai Noriswan Ishak itu berkata, sahabatnya yang berlakon sebagai orang cacat dalam video tersebut tidak memegang sebarang kad OKU.
This is really bad!
Sbbtu kita perlukan pindaan Akta OKU 2008 supaya penguatkuasaan dpt dimasukkan dengan memberikan hukuman denda yang setimpal.
Ni baru soal parkir kereta OKU, banyak lagi kemudahan OKU disalahguna seperti tandas OKU dijadikan stor n etc pic.twitter.com/KgBzHzG1Nt
— Dr Shatesh (@TeshKumarSangar) December 8, 2021
Hanya mengalami sumbing lelangit dan masalah pertuturan, Iswan berkata apa yang dipaparkan dalam video itu semua hanyalah lakonan dan dia yang meminta rakannya itu berlakon sebagai OKU.
Dikenali sebagai ‘Dak Ayam’ di media sosial, Iswan mendakwa pada awalnya video itu dibuat untuk menyampaikan teguran kepada masyarakat yang sering meminggirkan golongan OKU.
Orang-orang OKU di mata segelintir masyarakat, kejap ada, kejap tak ada. Saya sendiri ada kenalan dan pengikut di laman sosial dalam kalangan OKU, dan mereka meluahkannya.
Video itu beri mesej untuk mewakili OKU. Kalau OKU bersuara, kadang orang kita akan memperlekehkan mereka. Sudut pandangan mereka seperti disisihkan.
Dia yang kini bergelar bapa kepada seorang anak itu walau bagaimanapun memohon maaf jika perbuatan itu telah mengguris hati mana-mana pihak selain berasa kesal kerana mesej yang ingin diketengahkan tidak sampai kepada masyarakat di luar sana.
Iswan juga meluahkan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Ras Adiba bagi membincangkan hasratnya bagi membantu golongan OKU.
Ini kurang ajar namanya.
Pohon minta maaf pada komuniti OKU!Tiktok –
iswanishakInstagram –@iswanishak
Facebook –
Iswan IshakYouTube –
Iswan Ishak TV show@PDRMsia#okusentral #jangansalahgunakankemudahanoku #janganbiadap #hormatioku pic.twitter.com/kY7cKrkB9i— Ras Adiba Radzi (@SenatorRasAdiba) December 8, 2021
Terdahulu, Senator Datuk Ras Adiba Radzi tampil menyelar tindakan Iswan dan rakannya mengenai perlakuan biadap mempersendakan golongan OKU menerusi video itu dan mendesak agar kedua-dua pemuda itu tampil memohon maaf kepada komuniti OKU.