Tular Video Beberapa Lelaki Seksa Monyet Kerana Mencuri Makanan Cetus Kemarahan Netizen 

Trending

Tular Video Beberapa Lelaki Seksa Monyet Kerana Mencuri Makanan Cetus Kemarahan Netizen 

Tahun ini sahaja terdapat dua kes penderaan terhadap binatang seperti monyet yang kerap kali berlaku dimana ada yang didera hingga cacat dan banyak pula yang dibunuh.

Terbaru, warga media sosial dikejutkan dengan sebuah video yang tular di laman Twitter apabila terdapat beberapa pemuda dilihat sedang mendera 2 ekor monyet sambil merekod video tersebut.

Advertisement

Beberapa orang lelaki mengundang kemarahan warga maya apabila bertindak merakam perbuatan mereka mendera dua ekor monyet sebelum salah seorang daripada mereka berkongsi video tersebut di status Whatsapp.

Video ini telahpun dikongsikan oleh seorang pengguna laman twitter yang mengecam tindakan kumpulan itu.

Buat apa kau datang sini? Menyusahkan orang betul lah,” kata individu bertopi merah di dalam video tersebut.

 

Insaf ke belum? Mencuri!” kata lelaki yang sama sambil menarik telinga monyet berkenaan yang didakwa mencuri makanan.

Rata-rata netizen mengecam akan tindakan sekumpulan lelaki ini dengan mengecam tindakan mereka yang tidak seperti manusia.


Video yang berdurasi 30 saat itu yang dimuat naik semalam telah mendapat lebih 1,000 ulang siar dan 177,000 tontonan wargenet.

Ada antara mereka yang mengatakan jika monyet itu manusia pasti dia dan menagis mintak dilepaskan.

Muka monyet tuuu….kalau dia manusia aku rasa dia dah nangis dah sambil cakap “tolong lepaskan akuu sakit” jangan lahh buat monyettt tuuuu report lah polis…dia dera monyet tuuuu.

Setan sakit monyet tu!

‘Ni org tua selalu pesan. Sebab binatang ni memang  tak boleh cakap. Tapi kita tak sedar depa pon boleh berdoa. Allah maha kuasa. Kalau boleh buat baik dgn semua orang dan binatang selagi boleh.

Diharapkan lelaki yang mendera monyet ini ditangkap oleh pihak polis dan dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal.

 

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...