Tular di media sosial rakaman video yang memaparkan banyak mayat jemaah haji di Mekah terbiar di tepi jalan selepas meninggal dunia akibat cuaca terlalu panas.
Ramai meninggal dunia kerana panas terik
Sebelum ini, media melaporkan sekurang-kurangnya 550 jemaah haji disahkan meninggal dunia akibat cabaran mengerjakan ibadah haji dalam cuaca terik.
Menurut pegawai diplomat Arab Saudi, 323 daripada jumlah tersebut membabitkan rakyat Mesir dan kebanyakannya meninggal dunia disebabkan penyakit berkaitan panas.
Semua mereka (rakyat Mesir) mati kerana kepanasan kecuali seorang yang mengalami kecederaan maut semasa rempuhan orang ramai, salah seorang diplomat.
Ribuan jemaah dapatkan rawatan
Jumlah itu diperolehi dari bilik mayat salah sebuah hospital di Mekah dan selain Mesir warga Jordan turut dilaporkan meninggal dunia, sekurang-kurangnya 60 jemaah.
Dalam pada itu, lebih 2,000 jemaah haji dikatakan mendapatkan rawatan akibat mengalami tekanan haba.
Video yang tular di media sosial itu menjadi bualan hangat dan kerajaan Arab Saudi dikatakan dikritik selepas didakwa membiarkan mayat-mayat terbabit di jalanan dan hanya ditutup dengan kain.
🇸🇦 Arab Saudi kurang tanggap dalam penyelenggaraan haji.
Video Jenazah jamaah haji yang meninggal karena kepanasan ditinggalkan di jalan-jalan Arab Saudi pic.twitter.com/JkXfAJsgWn
— Z Operation (@yo2thok) June 18, 2024