Selalu kita dengar tentang penyewa dari neraka tetapi sebenarnya wujud juga cerita mengarut tentang pemilik rumah yang menyewakan bilik atau unit mereka.
Tular di media sosial tentang seorang tuan rumah dari Ipoh selepas dia tergamak menyewakan bilik yang sebenarnya merupakan ruang dapur.
Menerusi gambar yang tular itu, tuan rumah terbabit telah menjadikan dapur sebagai sebahagian daripada bilik dan dia hanya menambah katil single bersama tilam di tepi sinki.
Kerana terlalu mahu keuntungan yang maksimum, tuan rumah ini kononnya ‘berfikir di luar kotak’ apabila dia cuba mendapatkan duit dengan ‘inovasi’ dapur-bilik itu.
Ramai warganet yang mengkritik tindakan tuan rumah tersebut dan sesetengah daripada mereka menceritakan pengalaman terjumpa iklan bilik sewa yang lebih kurang sama mengarutnya.
Aku jumpa haritu, balkoni belakang rumah tingkat dua dia tampal dinding sikit kasi tutup, letak katil.”