Tular Spekulasi Bakal Kahwin, Nora Danish Tampil Bersuara – “Dengan Penuh Hormat, Saya Ingin Jelaskan…”

Hiburan

Tular Spekulasi Bakal Kahwin, Nora Danish Tampil Bersuara – “Dengan Penuh Hormat, Saya Ingin Jelaskan…”

Namanya menjadi sebutan selepas hantaran dikongsikan seorang lelaki telah mencetuskan spekulasi dirinya bakal melangsungkan perkahwinan.

Pelakon, Nora Danish tampil menjelaskan kekeliruan itu dan menerusi hantaran di Instagram story, dia menafikan khabar angin tentang perkahwinannya itu.

Advertisement

Aktres berusia 43 tahun itu mengeaskan bahawa dia tidak akan berkahwin pada esok hari seperti yang tular dan digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Dengan penuh kasih sayang dan hormat, saya ingin jelaskan, saya tidak akan berkahwin esok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نورا دانيش (@noradanish)

Jelas Nora lagi, foto dan video yang tular sebelum ini sebenarnya hanyalah sebahagian daripada kempen pemasaran sebuah jenama dan tiada kaitan peribadi dengannya.

Pada masa sama, Nora juga turut mengucapkan terima kasih atas segala doa, keprihatinan dan sokongan orang ramai terhadapnya.

Saya harap ini dapat menjernihkan salah faham yang timbul. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dengan begitu baik. Saya sayang anda semua.

 

Sebelum ini, Nora telah memuat naik foto seorang lelaki berkopiah putih dan timbul spekulasi dia sedang mengenali seorang duda dikenali sebagai Mickey Ayo.

Tidak lama selepas itu, tular pula satu video memaparkan lelaki berkenaan lengkap berbaju Melayu putih dan sampin dan hantaran itu turut menampilkan sekeping kad kahwin yang tertera huruf ‘M’ dan ‘N’ serta tarikh 8 September 2025.

nora mickey kahwin
2025-09-06 16:24:33

Mickey Ayo Beri Petunjuk Bersedia Mendirikan Rumah Tangga, Netizen Kaitkan Dengan Nora Danish - "8 September?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...