Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tular Sijil Nikah Di Thailand, Nora Nafi Kahwin Dengan Annuar Musa, Akui Terima Lamaran Jejaka Lain

Nora Ariffin

Penyanyi Nora Ariffin tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di selatan Thailand.

Dakwaan itu muncul apabila seorang pengguna media sosial Twitter telah memuat naik sijil pernikahan yang dikatakan milik Nora dan Annuar Musa.

Advertisement
Sijil Nikah Nora AnnuarSumber : Twitter  

Tampil memberi penjelasan sewajarnya, Nora menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan turut memaklumkan perkhabaran terbaru mengenai status dirinya kini.

View this post on Instagram

A post shared by Annuar Musa (@annuar.musa56)

“Demi Allah, saya dan Annuar tidak bernikah..saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian. Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang tidak percaya..”

Tambah Nora, disebabkan oleh perkara itu, dia juga ingin memaklumkan bahawa dia ada menerima lamaran pernikahan daripada seorang jejaka di mana ianya bukanlah daripada Ahli Parlimen Ketereh itu dan kini sedang merancang ke arah perkahwinan dalam masa terdekat.

Perkara tersebut diwar-warkan sendiri oleh Nora ketika dihubungi sebuah media iaitu Astro Awani.

“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang. Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi..” jelas Nora panjang lebar.

Nora dalam pada itu berkata bahawa rumah tangga yang bakal dibina itu juga turut mendapat restu daripada ahli keluarganya dan juga keluarga Allahyarham Johan Nawawi iaitu suami pertamanya dahulu.

Sekadar info, Nora telah mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Johan Nawawi pada tahun 1992.

Johan kemudian menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang anak.

Pada 13 Disember 2019 yang lalu, anak kedua mereka, Muhammad Syakir Aliff telah menghadap Ilahi pada usia 20 tahun.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    May 20, 2021 at 12:38 pm

    rasanye terlalu awal cari pegganti…sbb hidup lama dgn arwah suami…takkan dah nak cari pengganti…tp xpelah..dah jodoh nak buat mcm mana…

  2. anonymous

    May 19, 2021 at 10:50 pm

    haiii dulu ko ckp arwah somi tiada pengganti dan tak akan cari pengganti dahh skrng ni tiber …hmmmmm

  3. Anonymous

    May 19, 2021 at 11:32 am

    kalau takde angjn masakan pokok bergoyang

  4. nora janda gatal

    May 18, 2021 at 11:04 pm

    knp x kawen kt Msia, lupa kawen laki org, dlu meratap2 Laki mati, eh sng pulak carik pengganti, pastu cmne dpt g Thailand, oh kawen dgn menteri mana pulak ni, rakyat kena SOP tak ikut SOP denda puluh ribu, artis menteri seronok hidup ngko ye mmg babi

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top