Baru-baru ini di platform media sosial, tular satu kisah melibatkan seorang staf di sebuah pasar raya dikenali ramai iaitu Lotus’s yang telah menerima pujian susulan melayan pelanggan dengan penuh mesra walaupun ketika itu pasar raya berkenaan dipenuhi dengan orang ramai yang hadir untuk menuntut penghargaan SARA, RM100.
Tak pernah lupa untuk senyum, kekal beramah mesra dengan pelanggan
Dapat dilihat melalui perkongsian video di Facebook, seorang wanita menunjukkan juruwang berkenaan kekal tersenyum melayan pelanggan yang hadir, malah sempat untuk berbual mesra.
Susulan bersikap baik dan senyuman kekal dibibir, staf tersebut telah pun mendapatkan penghargaan daripada pihak pengurusan pasar raya tersebut.
Dipuji netizen, jadikan contoh baik buat staf-staf lain
Juruwang yang bernama Sunithaj Moorthy telah menerima sijil penghargaan berserta baucar hadiah sebagai tanda terima kasih daripada pihak Lotus’s.
Meninjau di ruangan komen, dilihat rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Sunithaj serta berterima kasih kepadanya kerana menunjukkan teladan yang baik.