Sejak beberapa minggu lalu, agak panas di media sosial mengenai kisah rumah tangga penyanyi Noh Salleh dan isterinya, Mizz Nina yang dikatakan bergolak.
Terbaru, muncul beberapa orang netizen di laman Twitter yang mendakwa terdapat video yang menyerupai Noh dalam aksi kurang sopan namun tidak dapat dipastikan sama ada dirinya ataupun orang lain.
Ia menjadi tular buat seketika namun dipadam oleh pemilik Tweet berkenaan tidak lama kemudian.
Berikutan itu, muncul spekulasi mengenai pendedahan itu dan ada yang beranggapan bahawa ada pihak sengaja membuat cerita hanya kerana ingin menjatuhkan karier dan kehidupan peribadi pasangan itu.
Malah, kisah itu turut bertiup kencang di sebuah forum hiburan meskipun tiada pengesahan dan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.
Namun begitu, tangkap layar tweet tersebut seakan-akan menguatkan lagi dakwaan netizen sebelum ini mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan berada dalam keadaan tidak baik.
Terdahulu, wartawan hiburan tempatan pernah menyuarakan soalan mengenai perkahwinan mereka namun ditempelak Noh dan dia juga turut menggesa pihak media agar lebih fokus kepada kerjaya seni artis berbanding cerita peribadi.
“Entahlah, tiada komen. Anda semua kena tipu. Fake news.” jawabnya.
Sekadar info, Noh dan Mizz Nina telah mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan kini memiliki seorang anak angkat yang diberi nama Musa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.