Tular Screenshot Pelajar Sekolah Mahu COVID-19 Kembali Merebak Kerana Tidak Mahu Ke Sekolah

Trending

Tular Screenshot Pelajar Sekolah Mahu COVID-19 Kembali Merebak Kerana Tidak Mahu Ke Sekolah

Semalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru sahaja mengumumkan pembukaan semula sekolah secara sepenuhnya. Bermula 15 Julai ini, semua pelajar akan kembali ke sekolah kecuali murid di Tahun 1 hingga 4 yang akan memulakan sesi persekolahan pada 22 Julai ini.

Nampaknya, berita pembukaan semula sekolah ini tidak disambut baik oleh segelintir pelajar apabila mereka bertindak menghantar mesej kepada Perdana Menteri menerusi akaun Instagram. Menerusi paparan yang dikongsikan, pelajar tersebut merayu sekolah kembali ditutup.

Advertisement

mesej

Tidak cukup dengan kiriman mesej, ada juga pelajar yang berkongsikan cara-cara untuk mendapat jangkitan COVID-19 ketika berada di sekolah nanti. Antaranya dengan bersalaman antara satu sama lain, berkongsi makanan, duduk secara rapat dan tidak memakai topeng muka.

“Cara-cara dijangkiti corona agar sekolah ditutup semula.”

mesej

Paparan skrin yang tular ini mendatangkan kemarahan orang ramai yang menganggap sikap pelajar-pelajar seperti ini akan menyusahkan banyak pihak kelak. Mereka juga tidak berpuas hati melihat sikap kurang ajar para pelajar yang memilih untuk ‘PM Tepi’ Perdana Menteri dengan cara yang kurang ajar seperti itu.

Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini mengumumkan pembukaan sekolah sepenuhnya akan dijalankan beserta garis panduan yang ditetapkan. Buat masa ini, hanya pelajar Tingkatan 5 dan 6 sahaja yang telah pun memulakan sesi persekolahan seperti biasa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...