Tular ‘Scene’ Dengan Shukri Yahaya, Puteri Sarah Dedah Hanya Sekali ‘Take’ – “Masa Shoot Ni Hari Yang Sama Fail Cerai”

Hiburan

Tular ‘Scene’ Dengan Shukri Yahaya, Puteri Sarah Dedah Hanya Sekali ‘Take’ – “Masa Shoot Ni Hari Yang Sama Fail Cerai”

Sebelum ini, tular di laman TikTok mengenai video memaparkan satu babak dalam episod 7 drama Andai Itu Takdirnya yang dilakonkan oleh pelakon, Shukri Yahaya dan Puteri Sarah Liyana.

Menerusi video tersebut, Puteri Sarah yang memegang watak sebagai Umi dilihat memaki hamun watak Aizril yang dipegang oleh Shukri Yahaya.

Advertisement

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah dialog serta lakonan Puteri Sarah dalam babak itu seolah-olah ‘melepaskan geram’ terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Susulan itu, ramai yang memuji lakonan hebat Puteri Sarah kerana memberi kesan mendalam kepada penoton yang rata-ratanya ‘puas hati’ melihat babak itu.

Meninjau di ruangan komen, pelakon berusia 37 tahun itu mendedahkan dia ada menambah sendiri dialog di dalam skrip babak berkenaan sebagai ‘penambah perisa’.

Bukan itu sahaja, Sarah turut memaklumkan babak itu diambil hanya dengan sekali ‘take’ memandangkan penggambaran babak tersebut dilakukan pada hari yang sama dia menfailkan penceraian.

Info tambahan, drama Andai Itu Takdirnya merupakan sebuah adaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah dan telah ditayangkan sejak 6 Mac 2023 pada setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

puteri sarah marah
1 year ago

"Jantan Dayus! Boleh Go To Hell Lah!" - Dialog 'Pedas', Netizen Seloroh Puteri Sarah Lepas Geram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...