Tular Rakaman Detik-Detik Akhir Juliana Marins, Pendaki Jatuh Di Gunung Rinjani Sebelum Meninggal Dunia

Trending

Tular Rakaman Detik-Detik Akhir Juliana Marins, Pendaki Jatuh Di Gunung Rinjani Sebelum Meninggal Dunia

Baru-baru ini, seorang pendaki wanita dari Brazil maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 600 meter ketika mendaki Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Indonesia.

Menurut media tempatan, mangsa berusia 26 tahun,  Juliana Marins, terjatuh ke dalam gaung itu pada Sabtu lalu namun usaha mengeluarkannya mengambil masa lama disebabkan cuaca buruk dan lokasi yang sukar dicapai.

Advertisement

Mangsa ditemui sudah tidak bernyawa pada Selasa apabila pasukan penyelamat akhirnya berjaya tiba di lokasinya.

Juliana Marins pendaki maut Gunung Rinjani

 

Tular detik detik akhir Juliana

Video yang dirakam menerusi drone milik pendaki lain tular dan ketika itu rakan dan orang ramai sedang cuba mencari keberadaan Juliana.

Rakaman yang memaparkan Juliana yang ketika itu masih hidup tular dan dipercayai merupakan detik-detik terakhirnya sebelum meninggal dunia.

Salah seorang rakannya dilihat menjerit sekuat hati dan meminta Juliana untuk kekal berjaga dan bantuan akan tiba untuk menyelamatkannya.

Please stay awake, rescue is coming.

 

Terjatuh ketika berehat

Mangsa difahamkan mendaki Gunung Rinjani bersama enam rakannya dan seorang jurupandu tempatan dan mereka memilih laluan Sembalun untuk memulakan pendakian awal pada pagi Sabtu.

Sebaik tiba di kawasan rehat Cemara Nunggal, mangsa dilaporkan keletihan dan diminta pemandu supaya berehat. Rakan-rakan yang lain meneruskan perjalanan ke puncak, meninggalkan mangsa berehat di kawasan itu.

Apabila mendapati mangsa tidak menyusul kemudian, pemandu berkenaan kembali ke lokasi rehat terakhir tetapi mendapati mangsa tiada di situ.

Kes ini menjadi bualan hangat di negara jiran terutamanya dalam kalangan komuniti mendaki di mana rata-ratanya mengingatkan bahawa Gunung Rinjani adalah antara lokasi bahaya sekiranya pendaki tidak cukup bersedia.

Abang Ipar Riezman Khuzaimi Maut Di Gunung Rinjani, Usaha Bawa Turun Jenazah Masih Berjalan
2 months ago

Abang Ipar Riezman Khuzaimi Maut Di Gunung Rinjani, Usaha Bawa Turun Jenazah Masih Berjalan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...