Belum pun reda isu ‘Abang Bas’ yang hangat menjadi bualan baru-baru ini, tular pula tentang satu video lain di TikTok yang menimbulkan kebimbangan masyarakat.
Makan coklat dari bibir bapa saudara
Menerusi Facebook, seorang lelaki telah menyebarkan tentang video terbabit yang memaparkan seorang kanak-kanak bersama bapa saudaranya.
Difahamkan video itu dikongsikan sendiri oleh ibu kanak-kanak terbabit yang berkata anaknya anaknya obses ‘lain macam’ dengan pakciknya yang itu.
Rakaman itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan memakan coklat yang diambil dari bibir bapa saudaranya itu.
Kat TikTok ada satu lagi video viral. Video tu seorang anak kecil yang aku dah censored muka dia, makan coklat dari bibir pakcik dia dan mak dia dengan selamba menaikkan video tu dekat media sosial.
Masyarakat sudah tenat
Video itu dimuat naik pada 2022 namun menimbulkan rasa gusar dalam kalangan netizen kerana wujudnya pihak yang berpendapat situasi tersebut seperti satu perkara biasa.
Apatah lagi, menerusi tangkap layar boleh dilihat komen-komen netizen menyukai konten tersebut dan berpendapat situasi tersebut comel dan sweet.
Komen yang aku baca semua jijik. Pakcik tu ensem sebab tu nak tukar tempat, ada yang mintak tukar tempat dengan pakcik dia dan banyak lagi.
Rata-ratanya menyuarakan kebimbangan mereka dengan masyarakat di negara ini yang disifatkan ‘tenat’ kerana perkara seperti itu seolah-olah dinormalisasikan.