Usahawan terkenal, Dato Seri Vida memaklumkan dia tidak tahu menahu tentang serbuan yang dijalankan ke atas premis perniagaan miliknya, semalam.
Tak tahu apa apa
Menurut usahawan berusia 53 tahun itu yang terpinga-pinga apabila ditanya tentang itu berkata dia baru sahaja pulang dari luar negara.
Buat masa sekarang, saya kena ambil tahu apa sebenarnya yang terjadi. Saya kena baca dulu apa laporan media berhubung dakwaan yang awak maklumkan pada saya ini.
Akan beri kerjasama
Dalam pada itu, Dato Vida atau nama sebenarya Hasmiza Othman berkata dia bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya ada salah daripada pihaknya.
Saya bersedia untuk disoal siasat, takkan saya nak lari pula. Tapi sekarang saya tak tahu sangat tentang serbuan yang diadakan sebab ketika kejadian, saya tiada di tempat serbuan.
View this post on Instagram