Tular Poster #JusticeForZara Diturunkan Ketika Himpunan RXZ 7.0 – “Sangat Sensitif, Tidak Boleh Dipamerkan..”

Kehidupan

Tular Poster #JusticeForZara Diturunkan Ketika Himpunan RXZ 7.0 – “Sangat Sensitif, Tidak Boleh Dipamerkan..”

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan seorang lelaki menurunkan poster #JusticeForZara sewaktu berlangsungnya Himpunan RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.

Terpaksa turunkan poster #JusticeForZara

Dalam video yang dimuat naik, individu terbabit mengakui dirinya terpaksa melakukan perkara tersebut atas arahan pihak tertentu.

Advertisement

Poster #justiceforzara diturunkan di himpunan rxz 7.0

Saya terpaksa turunkan poster #JusticeForZara atas arahan tertentu. Ini benda yang sangat sensitif. Poster ini tidak boleh dipamerkan pada event RXZ Members, jadi saya mohon maaf semua.

Netizen persoal tindakan penganjur

Poster #justiceforzara diturunkan di himpunan rxz 7.0

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meninggalkan rasa tidak puas hati dengan arahan yang diberikan tetapi ada juga yang berkata ia merupakan hak penganjur untuk memberi arahan sedemikian.

Sekadar info, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyalurkan peruntukan tambahan RM200,000 menjadikan keseluruhan sebanyak RM300,000 disalurkan bagi penganjuran program RXZ Members 7.0.

aksi superman peserta RXZ sebelum kemalangan
2025-08-23 19:59:33

Tular Video Konvoi Peserta RXZ Members 7.0 Buat Aksi ‘Superman’ Beramai-Ramai Sebelum Kemalangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...