Tular Petani Di India Cipta Motorsikal Panjat Pokok Kelapa

Teknologi

Tular Petani Di India Cipta Motorsikal Panjat Pokok Kelapa

Di kampung-kampung selalunya orang kampung akan mengupah monyet untuk memanjat pokok kelapa dan juga pokok pinang yang telah dilatih oleh manusia.

Di Malaysia para petani dan pekebun telah menggunakan perkhidmatan beruk dan juga kera sejak dahulu lagi.

Advertisement

Namun seorang petani di India ini mempunyai cara yang lebih inovatif dan berteknologi tinggi untuk melaksanakan tugas itu, iaitu menaiki sebuah ‘motosikal’.

,
Dalam sebuah video yang tular, petani itu dilihat menggunakan peralatan itu untuk memanjat sebatang pokok pinang.

Apa yang dilakukannya ialah duduk di tempat duduk, hidupkan enjin dan pegang klac serta pemecut pada masa yang sama.

Dipetik dari India Today, Ganapathi Bhat, 49, dari kampung Komale berhampiran Bantwal ini telah cuba membina peralatan itu sejak 10 tahun lalu, namun tidak berjaya.

Tujuh bulan lalu, dia kembali membuat kajian tentang konsep inovasinya itu dan berjaya menyiapkan projek berkenaan pada Mei, menggunakan komponen motosikal biasa seperti klac, pemecut, double brakes, penyerap kejutan dan enjin petrol 2.1 kuasa kuda.

Kali pertama saya panjat menggunakan ‘motosikal’ itu, saya meminta anak saya bersedia untuk memanggil ambulans. ‘

Saya menggunakan komponen berkualiti tinggi. Tetapi jika terdapat kegagalan mekanikal, ia akan berhenti di pertengahan jalan.

Hanya tekan klac dan ia akan meluncur perlahan-lahan ke bawah.

Peralatan itu terbukti selamat dan Bhat telah memanjat 150 pokok sebelum melakukan demonstrasi kepada petani tempatan.

Bhat mengeluarkan belanja kira-kira 9,000 pound sterling (RM47,235) untuk membina ‘motosikal’ itu, dan bercadang menjualnya pada harga 848 pound sterling (RM4,450) seunit.

Bhat merupakan bekas graduan sains dan pernah bertugas sebagai juruteknik.

Latar belakang itu membantu saya untuk memikirkan idea-idea seperti ini.

“Motosikal’ ini diharapkan dapat membantu industri pertanian yang menghadapi masalah kekurangan buruh yang teruk.

 

Bagus idea lelaki ini. Diharapkan orang Malaysia juga mempunyai banyak inovasi tersendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...