Baru-baru ini, tular satu rakaman video mempamerkan detik pasangan dari Indonesia diijabkabulkan yang meraih perhatian kerana salah satu mas kahwin diberikan oleh pengantin lelaki adalah tiket konsert.
Menerusi rakaman tersebut, lelaki itu telah menghadiahkan isterinya tiket ke konsert kumpulan rock dari Britain, Coldplay yang akan diadakan November nanti.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman telah memberikan ulasan dan berkata ia bercanggah dengan hukum syarak kerana mas kahwin merupakan sesuatu yang bernilai dan berharga.
Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.
Tambahnya, meskipun mas kahwin tidak disebut sesebuah perkahwinan itu tetapi dikira sah namun jika hanya tiket Coldplay diberikan maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.
Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay.”