Rasanya ramai yang mengetahui bahawa tali pertunangan di antara pasangan ‘hot’ iaitu Zara Zya dan Hafreez Adam telah pun sampai ke titik noktahnya. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba mereka mengumumkan perpisahan walaupun baru sebulan bertunang.
Baru-baru ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa punca sebenar keretakan hubungan pasangan itu adalah kerana Zara Zya sebenarnya mempunyai hubungan cinta lain dengan pasangan sejenis. Apa?
Ini berikutan sebuah video yang tular di media sosial di mana terpapar mesej perbualan mesra Zara Zya dengan seorang wanita lain.
View this post on Instagram
Cuba memadamkan api gosip ini, pelakon wanita itu telah tampil dan menjelaskan bahawa semua itu hanyalah salah faham dan dia hanya berkawan baik dengan wanita berkenaan.
Saya dan wanita itu cuma kawan baik. Video mesej yang tular itu sekadar komunikasi antara kawan.
Pelakon wanita itu juga berkeras menafikan gosip yang dia putus dengan Hafreez adalah kerana kehadiran orang ketiga itu.
Sumpah perkara itu bukan puncanya. Kami cuma berkawan. Paling penting, saya bukan ke arah itu (hubungan sejenis).
Orang lain pun mesti pernah menghantar mesej sayang dengan kawan perempuan kan?
Rupanya Zara sendiri bingung kenapa wanita itu mendedahkan mesej perbualan mereka. Wanita tersebut juga mengatakan bahawa dia sudah meminta penjelasan daripada rakan baiknya itu namun masih tidak pasti apakah motif disebaliknya.
Disoal mengenai berita ‘panas’ itu, Hafreez menolak dakwaan bahawa bekas tunangnya itu sebenarnya tidak ‘straight’.
Video itu bukan punca kami putus, malah sepanjang mengenali Zara, dia sangat manja dan tidak pernah pula berkelakuan pelik.
Lelaki itu juga tidak mahu mengulas panjang mengenai hal tersebut kerana Zara Zya bukan lagi tunangannya.