Tular Lelaki Beri Nafkah 3 Sen Pada Anak, Bekas Isteri Cerita Kisah Sebab Di Sebaliknya – “Awak Ni Complain Macam…”

Kehidupan

Tular Lelaki Beri Nafkah 3 Sen Pada Anak, Bekas Isteri Cerita Kisah Sebab Di Sebaliknya – “Awak Ni Complain Macam…”

Baru-baru ini, tular pendedahan seorang wanita tentang bekas suaminya yang memberi nafkah anak sebanyak RM0.03 sen sahaja dan ia telah menaikkan kemarahan netizen.

Susulan tular video itu, stesen radio Kool FM telah menghubungi wanita berkenaan untuk mengetahui kisah di sebalik itu.

Advertisement

bekas suami beri nafkah 3 sen untuk anak
2 days ago

Wanita Dedah Bekas Suami Hanya Beri Nafkah Pada Anak Sebanyak 3 Sen, Ramai Netizen Panas Hati

Kata wanita itu, dia yang sudah tidak dapat menahan sabar lagi selepas asyik dihentam bekas suami gara-gara menghantar anak ke pengasuh yang tidak berdaftar dan telah menyindir lelaki itu kerana memberi nafkah yang tidak secukupnya.

Saya cakaplah dengan dia, awak ni complain macam awak bagi RM3,000 sebulan tapi awak bagi 3 sen je.

bekas suami beri nafkah 3 sen untuk anak

Sindiran itu membuatkan bekas suaminya tercabar dan kerana ego, dia membalas semula dengan betul-betul memberikan nafkah sebanyak 3 sen kepada anak.

Sebenarnya saya berseloroh masa tu sebab untuk tahun 2024, jumlah nafkah yang diberi bagi saya tak logiklah.

Sementara itu, netizen memuji nasihat yang diberikan Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil kepada masyarakat berkaitan hal nafkah anak selepas ibu bapa berpisah.

Kata Pak Nil, tidak perlu menjadikan anak untuk membalas dendam kepada bekas pasangan kerana akhinya anak itu sendiri yang akan menjadi mangsa keadaan.

Yang awak nak bagi nafkah tu adalah anak awak sendiri. Tak kiralah dia duduk dengan siapa tapi jangan jadikan nafkah anak itu sebagai senjata untuk membalas dendam.

@kool101my Mana lah nak cukup nafkah 3 sen untuk zaman sekarang ni.😓 Awalnya, Siti cuma berseloroh je, sekali betul-betul bekas suami dia bagi 3 sen untuk nafkah anaknya.😞 Setuju apa yang @Datuk Aznil Nawawi cakap, jangan jadikan hak nafkah anak sebagai senjata untuk balas dendam.👍🏻 Anda boleh dengarkan perkongsian penuh di KoolCast melalui aplikasi Audio+ atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint ♬ original sound – Kool 101

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...