Tular Lelaki Baju Biru Langgar & Sentuh Bahagian Badan Wanita – “Suspek Mengaku Buat Begitu Sebab Dah 13 Tahun Tak Bersama Wanita”

Kehidupan

Tular Lelaki Baju Biru Langgar & Sentuh Bahagian Badan Wanita – “Suspek Mengaku Buat Begitu Sebab Dah 13 Tahun Tak Bersama Wanita”

Baru-baru ini, tular satu rakaman di Bazar Ramadan Lurah Semantan di Temerloh memaparkan seorang lelaki yang berbaju biru dan memakai topi dilihat melanggar beberapa wanita apabila bertembung ketika berjalan.

Menurut laporan, suspek berusia 41 tahun itu telah pun ditangkap oleh orang awam semalam kira-kira jam 5.30 petang sebelum ditahan oleh pihak polis.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pihaknya telah menerima beberapa laporan daripada wanita yang mangsa perlakuan cabul lelaki berkenaan.

Tambahnya, mangsa pertama telah melaporkan dirinya telah dicabul oleh suspek pada 6 Mac lalu makanan mangsa kedua dan ketiga pula pada 10 Mac.

Kesemua mangsa menyatakan dicabul semasa sedang berjalan kaki bagi membeli juadah berbuka, suspek secara kasar melanggar badan serta sengaja menyentuh dada dan punggung dengan menggunakan tangan.

@zackrazbundle Kejadian harini 11/3 2025 hati-hati dengan pakcik baju biru cair pakai topi ! #sexualharassmen ♬ original sound – Zack

Berdasarkan siasatan awal, Mazlan berkata polis mendapati modus operandi suspek adalah dengan berjalan kaki di kawasan awam sebegitu dan sengaja melanggar badan wanita sebelum menyentuh bahagian badan.

Suspek mengakui terlibat dalam kes itu dan menyatakan perlakuannya bertindak mencabul mangsa adalah kerana sudah lama tidak bersama wanita disebabkan dirinya yang menghidap HIV positif sejak 13 tahun yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 week ago

Individu Bongkar Rahsia Ada Bazar Ramadan T20 Di KL Jual Juadah Murah - "3 Kali Ganda Lebih Murah, Berkualiti.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...