Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang wanita berkongsi satu tangkap layar yang memaparkan perbualan di antara dirinya dan bekas suami.
Wanita itu mendedahkan bahawa suaminya telah menghina parut C-Section (czer) di perut kesan daripada melahirkan anak dan telah berlaku curang terhadapnya.

gambar hiasan
Susulan itu, pempengaruh dan doktor terkenal iaitu Dr Say Shahzil tampil memberi respon mengenai tanda atau kesan parut ‘stretch mark’ dan kesan Ceaser yang terdapat pada bahagian perut wanita.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Dr Say menerangkan ‘stretch mark’ yang terjadi pada bahagian perut tersebut adalah disebabkan oleh kesan melahirkan anak jika ibu tersebut menghadapi kesukaran ketika melahirkan anak mereka.
Ia berlaku bila kulit perut wanita mengandung merenggang dengan cepat sebab bayi makin membesar dalam rahim, maka lapisan kulit bawah terkoyak perlahan-lahan. Jadilah stretch mark.
Tegasnya, itu bukanlah tanda yang patut dihina oleh golongan suami kerana ia bukanlah kecacatan sebaliknya simbol kepada kekuatan.
Ini bukan parut biasa. Inilah luka untuk keluarkan anak bila cara biasa tak selamat untuk anak mahupun ibu.
Stretch mark bukan kecacatan, bekas caeser bukan kekurangan. Itu lambang kekuatan.
Dalam pada itu, Dr Say turut menegur sekiranya golongan lelaki menghina dengan mengatakan kesan parut akibat pembedahan Caesarian atau tanda ‘stretch mark’itu menjijikkan maka, lelaki tersebut tidak layak dan cukup matang untuk berkahwin atau menjadi seorang bapa.
Kalau awak nilai perempuan itu hanya pada licin kulit dan perut cantik, awak tak cukup matang untuk jadi seorang suami, apatah lagi jadi seorang ayah.
View this post on Instagram