Kemelut rumah tangga antara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana kembali menjadi perhatian dan tanda tanya ramai orang.
Ia selepas Puteri Sarah memuat naik status di Instagram story seolah-olah memberi hint bahawa suaminya telah berkahwin secara senyap dengan orang ketiga yang dikaitkan dengan mereka, Ira Kazar.
Pengarah berusia 38 tahun itu bagaimanapun sehingga ini memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberikan apa-apa komen tentang khabar angin itu.
Bagaimanapun, ibunya, Datin Fatimah Ismail pula seakan-akan memberikan bayangan tidak merestui jika Syamsul memang sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar itu.
Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, Fatimah telah memuat naik gambar perkahwinan anak sulungnya itu dengan Puteri Sarah dan berkata ikatan tersebut mendapat restu daripadanya dan suami, Datuk Yusof Haslam.
Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liayan mendapat restu keluarga sepenuhnya. Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya.”
Bukan itu sahaja, menerusi Instagram story pula Fatimah turut berkata bahawa restu ibu bapa itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan.
Restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan.”
Fatimah dipercayai berkongsi tentang kenyataan tersebut susulan khabar angin yang mendakwa anak lelakinya sudah bernikah dengan Ira secara senyap-senyap.
Sekadar info, Syamsul dan Sarah telah disatukan pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.