Seorang pengguna media sosial tampil menyuarakan kebimbangan terhadap penyebaran satu mesej yang melibatkan nama Universiti Teknologi MARA (UITM) dilihat ada unsur diskriminasi.
Menerusi perkongsian thread daripada Raziorazi, beliau meminta pihak universiti mengambil perhatian serius kerana ia berpotensi membawa implikasi lebih besar, termasuk mencemarkan reputasi institusi serta pelajarnya sendiri.

Mesej yang tular itu memaparkan satu pengumuman bertajuk “Kempen Tangkap Orang Kelantan di UiTM” dengan tawaran ganjaran wang tunai dan markah e-merit, yang jelas menyasarkan pelajar berdasarkan latar negeri tanpa asas dan sebab yang logik.
Walaupun mesej itu mungkin dimaksudkan sebagai gurauan, individu tersebut melihatnya sebagai satu bentuk stereotaip yang boleh membuka ruang kepada diskriminasi dan perpecahan sesama pelajar.
Dalam masa sama, gesaan dibuat agar pihak berwajib terutama UITM memantau, menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya supaya insiden seumpama ini tidak berulang dan tidak dinormalisasikan sebagai “sekadar lawak”.

Katanya lagi, perkara sebegini tidak wajar dipandang ringan, apatah lagi dalam persekitaran pendidikan yang menekankan perpaduan dan saling menghormati.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
