Sejak beberapa hari lalu, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin tular di media sosial apabila berkongsikan pengalamannya mengambil peperiksaan di atas pokok. Dia yang menetap di kampungnya di Pitas, Sabah terpaksa berbuat sedemikian untuk mendapat sambungan internet yang lebih baik.
Baca: Pelajar Dari Sabah Luangkan Masa 24 Jam Atas Pokok Jawab Peperiksaan Dalam Talian
Susulan video viral tersebut, pelajar UMS itu kemudiannya dikunjungi oleh pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Pitas semalam. Mereka turut mengucapkan rasa kagum melihat semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh pelajar ini dalam pelajarannya.
Melawat kampung
Di dalam perkongsian itu, pihak Pendidikan Daerah Pitas memuji kesungguhan pelajar tersebut dan mengambil maklum masalah yang sedia ada. Perkongsian yang turut mendapat lebih 800 perkongsian itu turut dibanjiri dengan komen-komen daripada netizen yang mahukan masalah tersebut diselesaikan dengan segera.
Bina menara telekomunikasi
Isu ini juga mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang merancang untuk membina menara telekomunikasi yang baru. MCMC memaklumkan menara telekomunikasi itu akan dibina di bawah Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1, yang dijangka siap menjelang suku kedua tahun 2021.
Bagi memberi liputan yang lebih berkualiti di sekitar kawasan itu, SKMM juga telah membuat perancangan untuk menaik taraf liputan kepada 4G di bawah program Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP) sejak awal tahun ini.
Berdasarkan laporan yang diperolehi, terdapat sebuah menara telekomunikasi yang memberi liputan 3G dalam lingkungan 1.4 kilometer (km), dari kampung pelajar berkenaan. Liputan 3G itu membolehkan pelajar mengambil peperiksaan secara dalam talian, manakala bagi tujuan aktiviti penstriman pula, ia memerlukan liputan yang lebih tinggi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.