Tular Isu Video Montaj VMA 2026 Tiada Masjid, Ini Jawab Menteri Pelancongan – “Elemen-Elemen Itu Dimasukkan Dalam..”

Berita

Tular Isu Video Montaj VMA 2026 Tiada Masjid, Ini Jawab Menteri Pelancongan – “Elemen-Elemen Itu Dimasukkan Dalam..”

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing telah memperjelaskan tentang isu video montaj yang didakwa tiada masjid dan itu membuatkan beberapa pihak meluahkan rasa tidak puas hati.

King Sing perjelaskan tiada masjid dalam video promosi

Kata King Sing, video montaj yang dikritik kerana tiada elemen masjid di dalamnya sebelum ini hanyalah video promosi pelancangan ringkas dan pendek dengan durasi selama 41 saat sahaja.

Advertisement

Saya berharap semua pihak memahami video pelancaran seperti ini sememangnya tidak boleh terlalu panjang atau terperinci. Untuk itu, elemen-elemen tersebut dimasukkan dalam video promosi yang lebih terperinci serta memaparkan setiap elemen dengan lebih khusus.

Tambahannya lagi, segala elemen yang menonjolkan seni, budaya dan daya tarikan pelacongan Malaysia secara menyeleruh akan diletakkan di dalam video promosi yang lebih terperinci iaitu seperti silat, tarian ngajat dan tarian sumazau yang melambangkan keindahan perpaduan negara.

Tinggalkan nasihat buat orang ramai

Sekadar info, video montaj VMA 2026 telah menerima kritikan daripada pemimpin pembangkang yang menggesa pihak MOTAC menarik semula video itu kerana didakwa cuai tidak meletakkan masjid, sedangkan rumah ibadat lain seperti gereja dan kuil ada di dalamnya.

Ingatlah bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang menekankan nilai inklusiviti dan perpaduan. Jangan biarkan isu-isu sebegini menjadi penghalang keharmonian masyarakat, seterusnya menjejaskan imej negara kita di persada dunia.

1 day ago

Beruang Matahari Malaysia Sebagai Ikon Rasmi, PMX Lancar Visit Malaysia 2026

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...