Tular Isu ‘Rider’ Penghantar Makanan Beli Rumah Mewah, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan – “Tak Pernah Saya Kata Saya Beli, Saya Hanya Menyewa..”

Kehidupan

Tular Isu ‘Rider’ Penghantar Makanan Beli Rumah Mewah, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan – “Tak Pernah Saya Kata Saya Beli, Saya Hanya Menyewa..”

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang bekerja sebagai rider di Singapura dan dikatakan berjaya meraih pendapatan lumayan sambil menikmati kualiti hidup yang baik di Malaysia.

Terdapat beberapa media tempatan yang melaporkan lelaki tersebut berjaya membeli sebuah rumah agam bernilai RM1.4 juta.

Advertisement

Salah fakta

rider singapore beri penjelasan

Walau bagaimanapun, lelaki itu tampil mendedahkan majoriti berita yang diterbitkan oleh pengamal berita di Malaysia mempunya fakta yang tidak sahih sekali gus menimbulkan kekeliruan buat orang ramai.

Namun, lelaki yang dikenali sebagai Afiq Zayany tampil menjelaskan bahawa kebanyakan laporan itu tidak tepat.

Menurutnya, banyak media tidak menghubunginya untuk mendapatkan maklumat sebenar, sebaliknya hanya menyalin dan mengolah semula kandungan sedia ada tanpa menyemak fakta, sekali gus mengelirukan orang ramai.

Nampaknya anda (media) hanya salin dan tampal antara satu sama lain sebab semua tulis perkara yang sama.

Dia juga berpendapat, jika hanya menyalin artikel berbahasa Inggeris dan menterjemahkannya secara melulu tanpa memahami konteks sebenar, ia boleh menyebabkan maksud asal ayat berubah. Terjemahan yang tidak tepat boleh menimbulkan kekeliruan dan lari daripada maksud sebenar.

rider singapore beri penjelasan

Katanya lagi, media tempatan juga tidak menunjukkan usaha yang jelas dalam mencari kebenaran mengenai fakta seperti menonton video yang dimuat naik di saluran YouTubenya sebelum membuat liputan penulisan.

Pada masa yang sama,  dia turut bersetuju dengan kenyataan DMA Islam yang sebelum ini mempersoalkan kredibiliti kursus Masscom yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Timbul sedikit rasa ketidak puasan hati dalam dirinya dengan tajuk-tajuk berita yang mendakwa dia membeli rumah mewah, sedangkan kandungan sebenar dalam videonya tidak menyatakan perkara tersebut secara jelas.

Saya tak pernah sekalipun kata saya beli rumah ini. Saya kata saya tinggal di tempat ini dan di dalam video saya ada sebut yang saya hanya menyewa dengan jumlah RM1800.

rider singapore beri penjelasan

Dia juga menekankan betapa pentingnya ketelusan dalam menyampaikan maklumat, terutamanya yang berkaitan dengan kerjaya, pendapatan, dan hal-hal peribadi lain, agar tidak disalah tafsir oleh masyarakat.

@ringgitanddollars @dma_islamm ♬ original sound – YOUTUBE: Ringgit & Dollars

'Rider' Kongsi Kisah Wanita Tak Cukup Duit Bayar Makanan, Tersentuh Hati Dengar Suara Anak Mengadu Lapar - "Rasa Nak Gugur Jantung.."
2025-06-19 14:14:00

'Rider' Kongsi Kisah Wanita Tak Cukup Duit Bayar Makanan, Tersentuh Hati Dengar Suara Anak Mengadu Lapar - "Rasa Nak Gugur Jantung.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...