Sebelum ini, tular mengenai pusat permainan di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam apabila pelampung pada permainan gelongsor tiba-tiba jatuh dan menimpa seorang pengunjung.
Susulan itu, taman tema berkenaan terpaksa menutup permainan tersebut buat sementara waktu.
Menurut MalaysiaGazette, hasil siasatan yang dibuat oleh pihak polis mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan kompaun kepada pengurusan taman tema pada 14 November 2024 di atas kesalahan pembinaan tanpa kelulusan bertulis daripada MBSA.
Terbaru, pihak Sky i-City telah mengeluarkan kenyataan mengatakan pengunjung yang telah membeli tiket ke Sky i-City boleh menukarkannya kepada tarikan lain di i-City berikutan penutupan operasi kawasan tersebut oleh Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA).
Mereka juga boleh minta wang dikembalikan semula dengan menghubungi 03-5521 8800, kata jurucakap Sky i-City.
Walau bagaimanapun, pihak Sky i-City turut memberitahu mereka akan berusaha untuk beroperasi semua dengan segera kerana menyokong kempen Melawat Selangor 2025 dan Melawat Malaysia 2026.
Kami kekal komited dalam menyokong Visit Selangor 2025 dan dan Visit Malaysia 2026 serta mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama.