Tular Isu Kek Berkulat, Fendymojo Tampil Mohon Maaf – “Saya Bertanggungjawab Sepenuhnya..”

Trending

Tular Isu Kek Berkulat, Fendymojo Tampil Mohon Maaf – “Saya Bertanggungjawab Sepenuhnya..”

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang wanita tampil memberikan ulasan tentang Kek Hitam Premium yang dijual oleh seorang pempengaruh terkenal iaitu Fendymojo.

Wanita tersebut akui kecewa selepas mendapati kek tersebut didakwa sudah berkulat.

Advertisement

Malah, terdapat seorang lagi pelanggan yang menghadapi masalah yang sama apabila mendapati kek yang dibelinya menerusi penghantaran pos juga telah berkulat.

kek fendymojo berkulat

Fendymojo tampil mohon maaf

Susulan itu, pempengaruh tersebut tampil membuat permohonan maaf kepada para pelanggan yang menerima kek dalam keadaan yang telah berkulat.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok pempengaruh itu, dia mengatakan bahawa dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalannya dalam menyediakan kek yang berkualiti.

Sekali lagi saya meminta maaf atas kegagalan saya mengatasi masalah ini.

 

Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan memberikan full refund kepada sesiapa yang dapat rosak itu.

Dia turut memberitahu dia sudah tidak menerima sebarang pembelian atas talian kerana dikhuatiri para pelanggan akan menerima kek yang rosak.

Postage memang saya dah tutup dan nanti kalau sampai lambat akan lebih banyak yang rosak.

 

73 order online saya dah reject jadi pembelian atas talian memang saya dah tutup.

@fendymojo Open walkin dekat showroom hitam premium untuk siapa yang nak beli kek. Jemput datang. #hitampremium #fendymojo ♬ original sound – Fendymojo

Walau bagaimanapun, Fendymojo memberitahu dia bakal membuat jualan secara walk-in pada 26 hingga 29 April ini di Hitam Premium Subang untuk para pelanggan yang masih ingin membeli kek coklat tersebut.

kek fendymojo

Tapi saya ada masalah baru, masih ramai yang request nak beli. Jadi dengan rasa rendah hati saya buka showroom Hitam Premium untuk korang beli secara walk-in.

 

Jadi, korang boleh beli kek yang freshly baked, sama macam dalam gambar tanpa ada kemek dan rosak.

Namun, dia meletakkan syarat pembeli boleh membeli dua bekas kek sahaja kerana dia hanya menghadkan untuk menjual 100 bekas sahaja sehari.

Pembeli Kecewa Kek Hitam ‘Premium’ Didakwa Berkulat - “Tak Tahu Bila Dia Buat Kek Ni..”
5 days ago

Pembeli Kecewa Kek Hitam 'Premium' Didakwa Berkulat - “Tak Tahu Bila Dia Buat Kek Ni..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...