Isu ibu bapa menggunakan “alamat dummy” untuk mendaftarkan anak ke sekolah pilihan kembali tular di media sosial, sekali gus menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk Putrajaya.
Ramai ibu bapa mendakwa anak-anak mereka yang tinggal di Putrajaya tidak mendapat tempat di sekolah berdekatan rumah, sedangkan terdapat murid dari luar kawasan mendapat penempatan di sekolah popular selepas ibu bapa mereka menggunakan alamat palsu.
Salah satu aduan yang mendapat perhatian ialah mengenai seorang murid prasekolah di SK Putrajaya Presint 5(1) yang tidak ditawarkan tempat Tahun 1 di sekolah sama, sebaliknya ditempatkan di SK Putrajaya Presint 8(3). Lebih mengecewakan, abangnya masih bersekolah di SK Presint 5(1), namun adik tidak dapat masuk ke sekolah serupa kerana kekangan tempat.
Bapa murid berkenaan mendakwa ramai ibu bapa luar Putrajaya menggunakan alamat orang lain untuk mendapatkan penempatan sekolah lebih baik.
YB Radzi Jidin Beri Respon Pantas
Dalam satu hantaran Instagram, Ahli Parlimen Putrajaya, YB Datuk Dr. Radzi Jidin, mengesahkan menerima banyak aduan berkaitan penempatan sekolah untuk sesi 2026.
Beliau menyifatkan situasi itu sebagai membebankan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ke sekolah jauh dari kediaman sendiri.
Menurutnya, keutamaan penempatan wajib diberikan kepada penduduk setempat, bukan mereka yang menggunakan alamat palsu.
Tekanan Warganet & Harapan Penduduk Setempat
Isu ini mencetuskan perbahasan hangat di media sosial, dengan ramai penduduk Putrajaya meluahkan rasa tidak puas hati:
Kami yang tinggal sini pun tak dapat tempat… Tapi orang luar boleh masuk sebab pakai alamat tipu.
Satu jalan dengan tempat kerja bukan alasan nak guna alamat palsu.
Netizen berharap agar KPM memperketatkan semakan alamat bagi mengelakkan ketidakadilan terus berulang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
