Tular Isteri Dikompaun Ziarah Suami Di SJR, Ahli Perniagaan Sudi Langsaikan Denda

Trending

Tular Isteri Dikompaun Ziarah Suami Di SJR, Ahli Perniagaan Sudi Langsaikan Denda

Baru-baru ini tular foto isteri anggota polis menziarahi suaminya yang sedang bertugas di SJR Putrajaya pada Hari Raya pertama.

Tindakan wanita itu kemudiannya mendapat perhatian sebelum dikenakan kompaun RM2,000 atas kesalahan melanggar SOP ketika PKP.

Advertisement

Simpati dengan nasib menimpa wanita itu, seorang ahli perniagaan terpanggil untuk menyatakan hasrat bagi membayar kompaun RM2,000 yang dikenakan terhadap seorang isteri selepas menziarah suaminya yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya pada Hari Raya pertama.

Datuk Sunny Ung yang merupakan ahli perniagaan itu berkata, dia menganggap kehadiran wanita bersama anak-anak ke lokasi suaminya bertugas itu adalah satu pengorbanan.

“Saya kasihan dan terkilan dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan. Saya akui walaupun sedih, ia tetap menjadi kesalahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP)”

Tambahnya lagi, budi bicara juga perlu dilakukan kerana wanita itu membawa juadah raya bersama anaknya untuk berjumpa dan beraya bersama seorang ayah.

“Wanita itu juga menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan menghantar juadah raya kepada suami yang terpaksa bertugas”

Katanya, beliau akan berhubung dengan keluarga berkenaan untuk urusan pembayaran kompaun itu.

Memetik laporan Metro, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komosioner Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun itu dikeluarkan kelmarin di bawah Peraturan 21 (PU A 225/20212) Ziarah Hari Raya Raya Aidilfitri (No 21 Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana pelanggaran SOP PKP dengan menziarah suami di SJR.

Advertisement

Pada awalnya, perbuatan itu memang dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

“Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu, kita tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau pun hari biasa”

Sama-samalah kita ambil iktibar ya, segalanya yang tampak kecil akan memberi impak besar di era pandemik ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari penyakit yang merbahaya. Aamiin.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...