Tular Hantaran ‘Travel Nanny’, Sufi Rashid & Isteri Upah Peguam Untuk Selesaikan Konflik – “Post Dia Buat Orang Benci…”

Hiburan

Tular Hantaran ‘Travel Nanny’, Sufi Rashid & Isteri Upah Peguam Untuk Selesaikan Konflik – “Post Dia Buat Orang Benci…”

Baru-baru ini, tular hantaran seorang ‘ travel nanny’ di laman sosial Threads berhubung layanan pelanggannya yang merupakan pasangan selebriti dan pempengaruh.

Menerusi hantaran itu, wanita berkenaan mendedahkan dia diupah untuk membantu pasangan tersebut menjaga anak mereka sepanjang percutian di Jakarta, Indonesia.

Advertisement

Penyanyi, Sufie Rashid kemudian tampil membuat hantaran di Threads selepas namanya dan isteri dipetik oleh ramai pengguna media sosial.

Tegas Sufie, wanita itu mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dan memberi gambaran tidak jelas sehingga menyebabkan isterinya menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Susulan itu, pasangan berkenaan berkata mereka telah menggunakan khidmat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita terbabit.

Sufi Rashid kes private nanny

Terdahulu, wanita tersebut mendakwa dia bukan sahaja perlu menjaga anak pasangan tersebut malah perlu mengemas barangan mereka beli belah termasuklah urut kaki isteri selebriti berkenaan.

Pasangan tersebut juga dikatakan membuat hantaran ‘review’ negatif di mana ia sama sekali berlainan dengan servis yang diberikannya.

anak sufi rashid
2025-07-25 15:31:19

Isteri Sufi Rashid Nafi Abai Tanggungjawab Sebagai Ibu, Tegas Tetap Urus Anak Waktu Malam – “Susu Pun Saya Buatkan”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...