Pelakon, Zara Zya didakwa telah dipinang oleh seorang jejaka yang tidak diketahui identitinya apabila tular di media sosial mengenai sebuah foto memaparkan dirinya sedang menyarung cincin.
Menerusi gambar tersebut, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin dilihat mengenakan baju kurung serba putih sambil duduk di sebelah seorang wanita yang sedang menyarungkan cincin ke jarinya.
Bagaimanapun, identiti wanita berjubah hitam itu dirahsiakan apabila wajahnya ditutup dengan emoji hati di dalam gambar tersebut.
Menurut laporan Mstar, majlis merisik itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat di kediaman pelakon tersebut.
Sebelum ini, pelakon berusia 37 tahun itu memaklumkan bahawa dia akan mengumumkan soal jodoh namun enggan mengulas samaada kekasih hatinya orang industri atau sebaliknya.
Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan siapakah gerangan yang menghantar cincin merisik tersebut.
Info tambahan, Zara Zya pernah melangsungkan pertunangan dengan aktor, Hafreez Adam sekitar tahun 2019 namun memutuskan hubungan dan perancangan untuk berkahwin dibatalkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.