Dalam usaha mencegah wabak COVID-19 selepas mengambil keputusan menghentikan solat sebelum ini, pemerintah Arab Saudi telah mengeluarkan perintah baru untuk melakukan penutupan sementara Masjidil Haram dan Masjid Nabawi membuatkan kawasan Ka’bah kosong.
Semalam telah tular di media sosial mengenai gambar dan video yang telah dimuat naik di Instagram mengenai keadaan dikawasan Masjidil Haram yang kosong.
Peringatan untuk diri sendiri, sedarlah dengan ‘jentikan dari langit’ ini. Dia sedang memberitahu kita, bahawa ‘kau hanyalah abdi, Akulah Raja segala raja, Akulah Pengatur Semesta, maka patuhlah pada Aku!’ Sumpah, saya tak pernah tengok Masjidil Haram kosong selama hayat saya!
View this post on Instagram
Berdasarkan maklumat terkini, menurut TV negeri Al-Ekhbariya Arab Saudi telah membuka semula dua tempat paling suci dalam Islam, iaitu Masjid Al-Haram di Mekah dan Al-Masjid al Nabawi di Madinah.
Penutupan tersebut dibuat bertujuan untuk pembersihan menghentikan penyebaran wabak coronavirus. Tetapi sehingga kini, bagi menghentikan penyebaran virus itu, Arab Saudi masih menutup tapak tawaf tersebut kepada jemaah asing dan pelancong yang datang dari 25 negara lain.
Jemaah dari Majlis negara-negara Arab Teluk (GCC) yang ingin masuk ke kawasan Ka’bah mesti menunggu 14 hari selepas sampai ke sana. Setakat ini Arab Saudi telah melaporkan lima lagi kes coronavirus terbaru.