Seakan kecoh di media sosial kini apabila tular kisah di mana pengacara dan usahawan terkemuka Neelofa khabarnya telah dirisik Pu Riz.
Rentetan kejadian ramai dalam kalangan peminatnya seakan tertanya-tanya adakah benar status tersebut kerana kedua-dua mereka dilihat berada dalam satu majlis tertutup yang dihadiri saudara terdekat.
Bahkan adik beradiknya juga seakan berkongsi momen tersebut di Insta Story yang menyaksikan PU Riz dan Neelofa berpakaian sedondon di majlis tersebut.
Malah menerusi perkongsian di Instagram, kakak Neelofa, Noor Nabila seolah-olah memberi bayangan bahawa mereka sedang mengadakan satu majlis berkaitan dengan ikatan pertunangan.
Namun sehingga kini, masih belum ketahui akan status sebenar kisah tersebut kerana kedua-dua mereka masih belum memaklumkan sebarang kenyataan berhubung berita tersebut.