Seorang pesakit berwarganegara Kanada disyaki positif wabak coronavirus dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan bantuan anggota Hazmat (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya). Pada tengahari tadi, beberapa gambar sepasukan anggota Hazmat yang berada di KLCC viral di media sosial.
Makluman ini telah disahkan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zulkefly yang berkata pihaknya akan berhubung dengan Hospital Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut. Menurutnya pesakit telah dibawa ke HKL dan maklumat selanjutnya akan dikongsikan dalam masa terdekat.
Beberapa gambar pasukan Hazmat yang berada di kawasan KLCC dikongsikan di media sosial. Berdasarkan maklumat yang dikongsi netizen, sebuah ambulans tiba di tempat kejadian dan pesakit warga Kanada yang berusia 17 tahun itu merupakan penduduk tetap di China.
Everyone working in/around KLCC, there is a suspected nCoV case today, 5th February 2020. It’s still not yet confirmed but it’s best to take precautionary actions. Share this around and stay safe! pic.twitter.com/EI6AibHKpB
— supersyaq ? (@syakiraharabee) February 5, 2020
Buat masa ini, maklumat terkini mengenai kes ini masih belum dikongsikan.
Sumber: MStar