Tular Foto Sesi Fotografi YouTuber Sugu Pavithra, Netizen Puji Aksi Wanita Ini Di Depan Kamera

Trending

Tular Foto Sesi Fotografi YouTuber Sugu Pavithra, Netizen Puji Aksi Wanita Ini Di Depan Kamera

YouTuber berbangsa India, Sugu Pavithra semakin menarik perhatian ramai sejak kebelakangan ini di atas sokongan yang diberikan oleh orang ramai. Sebelum ini juga, video pasangan ini berpindah ke rumah baru selepas terima pendapatan lumayan dari YouTube turut menerima tontonan tinggi.

Baca: Sugu Pavithra Pindah Ke Rumah Baru Selepas Pendapatan YouTube Kini Semakin Baik

Advertisement

Terbaru, tular gambar di sebalik sesi ‘photoshoot’ yang dilakukan oleh wanita ini di mana rata-rata terkejut dengan penampilannya. Gambar di sebalik tabir itu telah dikongsikan sendiri oleh krew yang terlibat menerusi perkongsian di Instagram. Perkongsian itu telah menerima komen-komen yang positif dari netizen.

Melihatkan kepada gambar-gambar yang dikongsikan ini, kebanyakan netizen berpendapat wanita ini kelihatan seperti model sebenar dan tidak kekok untuk beraksi di hadapan kamera. Walaupun ini hanya lah gambar di sebalik tabir, hasilnya nampak tidak mengecewakan membuatkan ramai yang tidak sabar mahu melihat hasil sebenar.

Nama pasangan YouTuber Sugu Pavithra ini semakin menempa nama di Malaysia selepas video-video masakan yang dikongsikan menerima tontonan ramai. Walaupun baru berjinak-jinak dengan penghasilan video YouTube pada awal tahun ini, mereka sudah meraih lebih 700,000 subscribers setakat ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...