Baru-baru ini, kecoh di platform media sosial video-video memaparkan pelakon, Rafidah Ibrahim meluahkan rasa kecewa selepas rumahnya di Kampung Sg. Baru dirobohkan.
Susulan dirobohkan, Rafidah mendakwa dirinya serta anak tidak mempunyai tempat tinggal lain dan kini hanya menumpang di rumah jiran.
View this post on Instagram
Terus-terang cakap, saya, keluarga dan anak tak tahu nak pergi ke mana. Rumah saya dah tentu dirobohkan, sekarang saya menumpang di rumah jiran.
Disebabkan mengeluarkan kenyataan sedemikian, netizen mula menggorek maklumat mengenai Rafidah dan menjumpai posting yang dimuat naik pada tahun 2022 oleh Ella Furniture yang didakwa memaparkan rumah mewah milik pelakon berkenaan.
Sedar akaun media sosial mereka kini menjadi tumpuan, pihak Ella Furniture tampil menafikan bahawa ia berkaitan dengan Rafidah dan secara kebetulan nama pelanggannya itu sama dengan selebriti terbabit.
Lebih ‘memanaskan’ keadaan, orang ramai mula mengaitkan duta Ella Furniture, AC Mizal, susulan kedua-dua selebriti ini pernah berduet dalam satu lagu yang sama iaitu Apa Kono Eh Jang, namun ia sama sekali tiada kaitan dengan syarikat perabot tersebut.